Agong sanjungi pengorbanan warga ATM, PDRM

Agong sanjungi pengorbanan warga ATM, PDRM

AL-SULTAN Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyanjung tinggi dan merakamkan penghargaan atas pengorbanan dicurahkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tanpa mengira masa serta penat lelah memikul amanah menjaga keamanan negara.

Seri Paduka selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM menyifatkan jerih-perih anggota pertahanan dan keselamatan termasuk para pejuang tanah air pada masa dahulu dan sekarang adalah demi negara ini yang berdaulat.

Bersempena Hari Pahlawan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat kepada seluruh warga ATM dan PDRM.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas.

“Seri Paduka berdua mendoakan semoga roh mereka yang beragama Islam dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya satu hantaran melalui Facebook Istana hari ini bersempena Hari Pahlawan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat menghargai keringat yang dicurahkan para pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi.

Beliau juga merakamkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga ATM dan PDRM.

“Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya. Terima kasih atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya