Afiq Muiz bahagia selepas bercerai, fokus berlakon - Utusan Malaysia

Afiq Muiz bahagia selepas bercerai, fokus berlakon

AFIQ MUIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz, 31, mengakui lebih bahagia selepas bercerai talak satu dengan isterinya, Pachara, 31.

Afiq yang dihubungi Utusan Malaysia semalam memaklumkan kini lebih bersemangat untuk kembali aktif dalam dunia seni tanah air.

“Saya rasa bahagia dan lebih semangat. Semoga Allah membuka pintu rezeki lebih luas daripada sebelum ini.

“Perancangan saya ialah untuk kembali ke dalam industri seni dan memberikan fokus kepada kerjaya,” katanya.

Afiq dan Pachara sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, semalam.

Katanya, selain kembali berlakon, dia juga berhasrat untuk menambah pendapatan menerusi kedai potong rambut yang bakal dibukanya tidak lama lagi.

“Ia masih dalam peranca­ngan. Saya harap semua doakan yang terbaik untuk saya,” tambahnya.

Semalam Afiq membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas ma­sing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Menurut peguam Afiq, Mohd Yazit Sa’at, kedua-dua pihak bersetuju untuk mematuhi beberapa syarat dan kesepakatan sebelum bercerai.

“Pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan serta tidak membuat sebarang tuntutan selepas penceraian.

“Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semu­la kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang,” tambah­nya.

Terdahulu, Pa­chara membuat permohonan tun­tutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Peta­ling Subang Bes­tari, Petaling Jaya, Oktober tahun lalu.

Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 dan tidak memiliki cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya