Adik penyandang DUN Guar Chempedak bertanding bebas

Adik penyandang DUN Guar Chempedak bertanding bebas

KU Abdul Halim Ku Ismail ketika tiba pada proses penamaan calon DUN Guar Chempedak di Dewan Lestari Guar Chempedak di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Adik kepada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak yang kini merupakan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ku Abdul Halim Ku Ismail, 65, yang merupakan bekas guru Sejarah berkata, keputusan tersebut dibuat secara mengejut selepas teringat pesanan ulama terkenal Kedah, Allahyarham Pak Su Mid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ismail supaya beliau menjadi pemimpin.

“Saya ada berjumpa dengan arwah Pak Su Mid sebelum beliau meninggal dunia dan dalam pertemuan tersebut saya ada bertanya kepada beliau perkara yang saya perlu amalkan untuk kebaikan dunia dan akhirat lalu Pak Su Mid menjawab, jadi pemimpin.

“Oleh kerana teringatkan kata-kata Pak Su Mid tersebut, saya bertekad untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRN kali ini,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, hari ini.

DUN Guar Chempedak bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Ku Abdul Halim dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Ghafar Saad dan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Paris Abdul Hamid.

Tambah Ku Abdul Halim, sebagai anak tempatan di daerah Yan, beliau berhasrat untuk membantu golongan nelayan dan memajukan sektor pelancongan di kawasan ini.

“Perjuangan saya adalah untuk golongan marhaen dan akan membantu mereka sedaya upaya sekirannya saya terpilih sebagai wakil rakyat di DUN ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya