PETALING JAYA: Kerajaan harus mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh berkepentingan tentang cadangan agar sebahagian simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditukar kepada pendapatan bulanan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, MTUC tidak mahu cadangan itu dijadikan sebagai mandatori selagi libat urus belum dibuat. “Cadangan ini baru sekadar berbentuk cadangan dan pandangan. Sebab pihak-pihak yang berkepentingan masih tidak dibawa untuk berbincang. Namun jika kita mahu ke arah tersebut, kita harus memperhalusi semua sudut sebab ada pro dan kontra dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya