Ada keperluan wujud sektor jaga individu, kanak-kanak berkeperluan khas

Ada keperluan wujud sektor jaga individu, kanak-kanak berkeperluan khas

NANCY Shukri (tengah) semasa sesi libat urus KPWKM bersama pertubuhan sukarela kebajikan dan NGO OKU di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terdapat keperluan mewujudkan sektor penjagaan dengan dilengkapi pekerja berkemahiran yang tidak hanya menumpukan  golongan warga emas tetapi melibatkan penjagaan ke atas kanak-kanak dan individu berkeperluan khas. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sektor tersebut adalah perkara baharu yang perlu diteroka dan diambil berat oleh kerajaan bagi melindungi golongan yang memerlukannya.

Katanya, ketika ini program penjagaan bagi kanak-kanak dan individu berkeperluan khas hanya ditawarkan oleh sektor swasta.

“Dari segi penjagaan, ia bukan sahaja mengenai warga emas tetapi termasuk anak-anak berkeperluan khas kerana mereka ini ramai mengikut kategori. Kami di kementerian berasa ia satu tanggungjawab besar buat mereka yang memerlukan bantuan dan keseluruhan pemerintahan negara juga perlu ambil berat.

“(Sebagai contoh), apabila ada ibu bapa yang meninggal dunia siapa yang akan jaga anak-anak berkeperluan khas ini seperti autistik? Mereka ini mungkin akan terbiar dan merayau di jalanan kerana ahli keluarga (lain) sibuk. Sebab itu kita memerlukan penjaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus KPWKM bersama pertubuhan sukarela kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang kurang upaya (OKU) di sini, hari ini.

Nancy berkata, beliau telah memaklumkan secara tidak formal berhubung keperluan negara untuk mempunyai sektor penjagaan tersebut kepada Menteri Ekonomi dan Perdana Menteri.

Selain itu, beliau berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan kursus diploma berkaitan penjagaan pada masa akan datang supaya terdapat lebih ramai individu terlatih dalam sektor berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beiau berkata, pindaan Akta OKU 2008 dijangka dibentangkan pada tahun depan memandangkan terdapat banyak lagi cadangan inklusif yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya