94,698 lepasan SPM gagal UPU wajar mohon kursus kemahira

94,698 lepasan SPM gagal UPU wajar mohon kursus kemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 94,698 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal permohonan menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) wajar menyertai kolej-kolej komuniti atau pusat kemahiran yang menawarkan program-program vokasional, teknikal atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, menurut Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, (GPMS) Muhd. Fazreen Ismadi berkata, bagi pelajar lepasan SPM yang tidak berjaya dalam permohonan UPU, terdapat beberapa langkah dan cadangan yang mereka boleh pertimbangkan.

“Antaranya mereka membuat rayuan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) apabila permohonan rayuan dibuka kelak. Pihak GPMS boleh bantu dari segi surat sokongan rayuan ke IPTA dengan bersyarat.

“Pelajar juga boleh mempertimbangkan untuk memohon melanjutkan pengajian ke luar negara dan institut pengajian tinggi awasta (IPTS) jika mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan stabil,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, lepasan SPM boleh mengambil inisiatif lain seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), A-Level atau kursus tambahan untuk meningkatkan kelayakan akademik mereka.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, sejumlah 239,609 permohonan kemasukan ke IPT diterima bagi lepasan SPM 2022 iaitu meningkat sebanyak 2,448 berbanding 237,161 pada sesi akademik lalu.
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 144,911 calon ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian dengan kadar kejayaan sebanyak 60.9 peratus.

Sementara itu, GPMS mencadangkan pelajar untuk memilih beberapa bidang pengajian yang umumnya diperlukan dalam beberapa sektor pekerjaan mengikut keperluan semasa dan akan datang.

“Bidang pengajian yang re­levan mengikut keperluan semasa antaranya adalah Sains dan Teknologi, Perdagangan Borong dan Peruncitan, Perniagaan dan Pengurusan dan bidang Pendidikan.

“Mereka juga boleh cuba dalam bidang kesihatan dan perubatan, sains sosial dan kemanusiaan , pengangkutan dan penyimpanan, pembuatan dan pelancongan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya