Pengarah Kolej Pra-Universiti KPM diberi kuasa autonomi ambil pelajar tingkatan enam - Utusan Malaysia

Pengarah Kolej Pra-Universiti KPM diberi kuasa autonomi ambil pelajar tingkatan enam

FADHLINA Sidek (tengah) beramah mesra bersama pelajar yang menyertai Himpunan  Pewaris Generasi Madani di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengarah Kolej Pra-Universiti KPM untuk pengambilan pelajar yang berkelayakan melanjutkan pengajian di kolej tersebut di seluruh negara mulai tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengambilan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebelum ini dikendalikan oleh KPM. 

Menurutnya, pengambil pelajar oleh pihak pengarah kolej tersebut dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian institusi di bawah KPM itu.

Katanya, langkah tersebut juga akan dapat mengurangkan kadar keciciran pelajar berkelayakan.

“Pengetua (Pengarah Kolej Pra-Universiti) sudah boleh ambil ambil pelajar-pelajar untuk memasuki Tingkatan Enam dengan kuasa yang ada, sebelum ini permohonan tersebut daripada KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Majlis Perasmian Himpunan  Pewaris Generasi Madani di Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, di sini, hari ini.

Selain itu, Fadhlina memberitahu, KPM membuat penjenamaan semula beberapa istilah dalam sistem pendidikan tingkatan enam, berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Kolej Tingkatan Enam kini dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM dengan jawatan pengetua akan ditukarkan kepada pengarah.

“Penjenamaan semula itu turut menyaksikan perubahan bagi istilah guru penolong kanan kepada timbalan pengarah, manakala guru kepada pensyarah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya