573 calon sah bertanding, satu kertas penamaan calon ditolak

PRN: 572 calon sah bertanding, satu kertas penamaan calon ditolak

ABDUL Ghani Salleh ketika sidang akhbar di Menara SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan satu kertas penamaan calon ditolak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Kelantan  melibatkan calon Bebas pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak 572 kertas penamaan calon diterima melibatkan keseluruhan 245 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata, ia menyaksikan pertandingan tertinggi lima penjuru iaitu satu kerusi di DUN Lunas, Kedah dan satu lawan satu sebanyak 181 kerusi, diikuti tiga penjuru (51 kerusi) dan empat penjuru 13 kerusi.

Beliau berkata, calon dari parti Perikatan Nasional (PN) adalah paling ramai bertanding iaitu 168 orang, diikuti Pakatan Harapan (PH) seramai 138 orang, Barisan Nasional (BN) 108 orang dan Pas 78 orang.

“Parti Muda (19 calon), PRM (13 orang), PSM (empat orang), PFP (dua orang), Parti Utama Rakyat (seorang) dan Bebas (41 orang).

“Seramai 501 calon dalam kalangan lelaki manakala 71 orang calon wanita dengan umur calon tertua 80 tahun di DUN Pantai Jerejak dan calon termuda 23 tahun di Bukit Antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya