5,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai  - Utusan Malaysia

5,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai 

SALAHUDDIN Ayub (tiga dari kiri) menyerahkan replika Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada salah seorang pelajar pada Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan di Kuala Nerus, petang tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 5,176 pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional di seluruh negara menerima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai melibatkan peruntukan hampir RM800,000 pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelajar tersebut menerima bantuan berkenaan sebanyak RM50 seorang selama tiga bulan berturut-turut menjadikan jumlah keseluruhan RM150 seorang.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 3,176 pelajar di seluruh negara telah menerima bantuan itu manakala selebihnya dijangka diselesaikan pada bulan depan.

Katanya, bantuan tersebut dilaksanakan oleh KPDN dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan yang merupakan Pengerusi Kluster Pendidikan.

“Lebih 80 peratus pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional yang terdiri daripada keluarga B40 menerima bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Terengganu di sini, petang tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, seramai 481 penerima terdiri daripada 256 pelajar tingkatan enam dan 225 pelajar kolej vokasional di negeri ini terpilih sebagai penerima bantuan tersebut..

“Bantuan ini bertujuan membantu pelajar membeli jalur lebar mudah alih (broadband) serta menampung kos pengangkutan sepanjang mereka dalam pengajian.

“Program ini membantu golongan tersebut kerana terdapat kajian menunjukkangolongan  pelajar membelanjakan sebahagian besar peruntukan untuk kegunaan internet dan pengangkutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya