50,000 ditawarkan ke UiTM - Utusan Malaysia

50,000 ditawarkan ke UiTM

UiTM
ROZIAH Mohd. Janor bersama Mohamed Khaled Nordin pada Konsert Perasmian Dewan Konsert Seri Budiman di UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 50,000 daripada 144,911 yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Unit Pusat Universiti (UPU) mengeluarkan keputusan permohonan itu semalam.

Tawaran kepada mahasiswa itu meliputi peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda pada 85 bidang di kesemua 34 cawangan universiti berkenaan.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat semakan sama ada mereka berjaya atau tidak melanjutkan pengajian di universiti itu di laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai hari ini.

“Untuk pengambilan Diploma, kita belum terima apa-apa rayuan memandangkan Ahad ini baru kita dapat tahu jumlah lepasan SPM yang dapat sambung belajar di UiTM. 

“Setakat ini, kita hanya menerima satu rayuan pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian di Foundation in Teaching English as a Second Language (TESL),” katanya ketika ditemui pemberita pada perasmian Dewan Konsert Seri Budiman yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menambah, bagaimanapun jumlah kemasukan sebenar ke kampus akan diketahui dalam bermula hari ini apabila pelajar berkenaan menerima tawaran yang diberikan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan KPT menawarkan 145,000 kekosongan melanjutkan pengajian di semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikelolanya.

Mohamed Khaled berkata, pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian boleh mengemukakan rayuani UPU Online bagi permohonan kemasukan ke universiti awam dan https://upu.mohe.gov.my bagi rayuan untuk masuk ke Politeknik mulai semalam sehingga 16 Julai.

Dalam pada itu, Roziah menasihatkan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada UiTM untuk tidak menolak permohonan tersebut kerana amat ramai yang memohon untuk menyambung pengajian di universiti itu, namun tidak berjaya.

“Kita tidak ada masalah sekiranya pemohon itu tolak tawaran, namun kebanyakan daripada mereka akhirnya melihat betapa pentingnya pendidikan untuk mereka menempuh kehidupan alam pekerjaan.

“Apapun, kita terbuka untuk mereka kepada sesiapa untuk menyambung pengajian di UiTM walaupun mereka sudah bekerja melalui Institute of Continuing Education and Profesional Studies (iCEPS),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya