IPOH: Kira-kira 5,000 peserta menyertai aktiviti larian dan berjalan 6,600 Langkah Perpaduan di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya, di sini pagi ini.
Pelepasan aktiviti itu dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada pukul 7.45 pagi.
Langkah Perpaduan 6,600 itu anjurkan sebagai sebahagian daripada program kemuncak hari ini iaitu Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di lokasi sama.
Langkah 6,600 diambil sempena 66 tahun hari Kemerdekaan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan merasmikan pelancaran tersebut dengan membacakan teks ucapan pelancaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akan turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. – UTUSAN