45,630 liter diesel dirampas dalam Ops Tiris - Utusan Malaysia

45,630 liter diesel dirampas dalam Ops Tiris

PEGAWAI KPDN memeriksa tangki sebuah lori yang digunakan untuk menyeleweng diesel di Paka, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya mematahkan kegiatan penyelewengan diesel sebanyak 45,630 liter dalam Ops Tiris di Paka dan Kerteh, dekat sini, hari ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, operasi tersebut yang melibatkan serbuan di empat lokasi  berasingan iaitu di tiga stesen minyak dan sebuah setor pengumpulan diesel bermula pukul 1 pagi.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan diesel  dan peralatan dalam operasi itu dianggarkan bernilai RM313,104.50. 

“Kita telah menahan empat buah lori yang sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang diubah suai.

“Kita juga turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 20-an yang mengaku bekerja sebagai pemandu lori diesel berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Saharuddin berkata, serbuan itu dilakukan dengan kerjasama pihak polis selepas melakukan risikan kira-kira sebulan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya