41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini

41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini

CALON STPM 2022 bakal mengetahui keputusan pada 13 Julai 2023. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 41,701 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 bakal mengetahui keputusan pada Khamis ini (13 Julai 2023).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan atau swasta boleh memperoleh keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 11:30 pagi.

Menurutnya, jumlah calon berkenaan menduduki peperiksaan di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

“Calon juga boleh memperoleh keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan  pada tarikh dan waktu yang sama.

“(Kaedah lain) ialah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888,” katanya hari ini.

MPM berkata, sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 11:00 pagi Khamis ini sehingga pukul 12:00 tengah hari pada Ahad, 23 Julai 2023.

“MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN