3,410 Rumah Mesra Rakyat dibina - Utusan Malaysia

3,410 Rumah Mesra Rakyat dibina

Rumah
AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir (kiri) meninjau salah sebuah rumah projek itu di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang dalam proses pembinaan di seluruh negara tahun ini.

Negeri Sembilan merekodkan projek pembinaan RMR tertinggi iaitu sebanyak 585 unit setakat ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pembinaan itu melibatkan subsidi berjumlah RM20,000 yang disalurkan kerajaan bagi setiap unit kediaman.

“Jumlah itu diikuti Melaka yang meliputi 406 projek manakala Johor pula 405 projek yang sedang dalam pembinaan. 

Bagi Selangor, sebanyak 292 unit RMR sudah dikenal pasti bagi projek tersebut,” katanya pada sidang akhbar Program Lawatan Tapak Projek RMR di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, hari ini.

Bulan lalu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM358 juta untuk membina 4,250 unit RMR di seluruh negara.

Menterinya, Nga Kor Ming memaklumkan langkah itu bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri bermula RM55,000 sehingga RM75,000 mengikut kategori masing-masing.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah, SPNB menerima sebanyak 87,687 permohonan daripada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri sementara proses pembinaannya juga ditambah baik dan lebih sistematik.

“RMR memperkenalkan enam reka bentuk baharu yang boleh dipilih pemohon mengikut kesesuaian luas tapak rumah. Ia juga masih mengekalkan ciri kediaman berdaya huni dan kondusif iaitu tiga bilik tidur dan dua bilik air bagi setiap unit.

“Selepas pemasangan tiang dilakukan, kontraktor pembinaan akan menjadikan bumbung terlebih dulu sebelum kerja dinding dan lantai dilakukan. Selain mempercepatkan tempoh penyiapan RMR, langkah itu secara tidak langsung menjimatkan kos buruh,” katanya.

Tambah Akmal Nasrullah, sebanyak 58,425 unit RMR selesai dibina SPNB di seluruh negara sejak 2002. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya