3 anggota polis direman SPRM disyaki terima rasuah RM3,000 - Utusan Malaysia

3 anggota polis direman SPRM disyaki terima rasuah RM3,000

TIGA anggota polis ditahan reman SPRM selama tiga hari Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM3,000, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai tiga anggota polis ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM3,000, baru-baru ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Difahamkan, dua anggota polis itu yang berpangkat Koperal berusia 38 dan 36 tahun dan seorang Konstabel berusia 20 tahun itu bertugas di Balai Polis Bukit Mertajam, dekat sini.

Menurut sumber, kira-kira pukul 7.15 malam pada 20 Julai lalu, kereta peronda polis telah menahan seorang lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Berapit, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Katanya, ketiga-tiga suspek telah membuat pemeriksaan dan mendapati cukai jalan motosikal dinaiki lelaki itu telah tamat tempoh selain dia turut memiliki sebungkus air ketum dan beberapa kotak rokok.

”Ketiga-tiga suspek ditangkap kerana disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah RM3,000 daripada individu tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan yang dilakukannya.

”Ketiga-tiga suspek telah ditahan oleh SPRM kira-kira pukul 7.25 petang semalam di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini,” katanya di sini hari ini.

Siasatan kes akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ASPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya