22 cabang AMK Selangor diarah lapor polis ke atas Sanusi - Utusan Malaysia

22 cabang AMK Selangor diarah lapor polis ke atas Sanusi

Sanusi
MUHAMMAD Izuan Ahmad Kasim ditemui pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi Md. Nor di hadapan IPD Shah Alam, Seksyen 9 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 22 Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor diarah membuat laporan polis berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, kenyataan  dikeluarkan Menteri Besar Kedah ketika berucap dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Selayang itu disifatkan sebagai melampau dan mempermainkan isu 3R (agama, raja dan kaum).

“Perkara seumpama itu perlu dihentikan dan ahli politik sepatutnya menggunakan dasar atau polisi kerajaan sebagai modal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).  Justeru, saya mengarahkan 22 cabang AMK Selangor supaya tampil membuat laporan polis.

“Sehingga malam ini, dianggarkan sekitar 35 laporan polis akan dibuat termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan ramai pihak akan tampil membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi dan meminta pimpinan Perikatan Nasional (PN) serta penyokongnya perlu menilai semula dan menginsafi kesilapan tersebut.

Menteri Besar Kedah itu dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor selain meremehkan pelantikan Amirudin.

Jumaat lalu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN turut dilaporkan yakin negeri diterajuinya mampu menjadi paling maju jika berada berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor tidak boleh dijadikan model negeri PH paling berjaya kerana pemerintahan yang bijak.

Tambah Muhammad Izuan, Muhammad Sanusi diingatkan supaya berhati-hati ketika bercakap terutama melibatkan Raja atau Sultan.

“Bila cakap itu pandang-pandang kerana yang dicakap itu Raja kami. Kalau rasa tak boleh menghormati, duduk saja di Kedah. Yang saya agak terkilan, pemimpin PN yang berada satu pentas juga tidak menegur tindakan beliau,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa polis menjalankan siasatan terperinci dengan peruntukan undang-undang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya