210,000 terima bantuan SARA mulai esok - PM

210,000 terima bantuan SARA mulai esok – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan memperuntukkan hampir RM130 juta untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar mulai esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan inisiatif di bawah Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.

“Dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah menampung sebahagian daripada perbelanjaan seharian mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM600 pada Jumaat lalu kepada penerima berdasarkan data e-Kasih bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

Pemberian bantuan tersebut menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan dilaksanakan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan Madani 2024.

Jelas kenyataan itu, Penerima SARA yang berada di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menerima bantuan itu mulai esok iaitu sebelum PRN secara tanpa tunai.

Ini termasuk penerima di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan meerima bantuan itu pada tarikh sama iaitu sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan (Julai hingga Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Ia bagi tujuan pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.

Penerima di Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor pula akan turut menerima kaedah bayaran sama, namun ia mula diagihkan pada 31 Julai ini.

Bagaimanapun bagi penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan akan mendapat bantuan itu mulai 7 Ogos depan dengan bayaran RM600 secara sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui https://www.mykasih.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya