200,000 rakyat miskin tegar terima RM600 mulai Isnin ini

200,000 rakyat miskin tegar terima RM600 mulai Isnin ini

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) berjumlah RM600 mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan dilaksanakan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan Madani 2024.

“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan turut menerima SARa bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan akan mengumumkan perincian berhubung Program SARa dalam masa terdekat.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggalakkan pekerja gig membuat caruman dengan peruntukan RM100 juta.

“Skim Perubatan Madani turut diperkenalkan khusus untuk golongan B40 mendapat rawatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta (GP) dengan peruntukan RM100 juta.

“Melihatkan kepada sambutan menggalakkan dan keberkesanan skim ini, kerajaan juga bersetuju untuk memperluas pelaksanaan ke tujuh negeri lagi di bandar kependudukan tinggi seperti Klang, Johor Bahru dan Kuching,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya