20 laporan polis babitkan titah Sultan Perak dimanipulasi tujuan politik - Utusan Malaysia

20 laporan polis babitkan titah Sultan Perak dimanipulasi tujuan politik

MOHD. Yusri Hassan Basri dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak mengesahkan menerima 20 laporan berhubung video tular membabitkan titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan politik.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, laporan tersebut diterima sejak semalam dengan laporan pertama dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

“Sehingga kini ada 20 laporan polis telah dibuat di Perak terhadap seorang wanita. Siasatan kes ini telah diambil oleh Bukit Aman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Terdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat yang merakamkan seorang wanita dipercayai pemimpin Muslimat Pas Melaka memetik satu bahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti Pas.

Wanita tersebut mengambil petikan video yang sebelum ini pernah dimuat naik di Facebook Dewan Muslimat Pas Melaka pada 11 November 2022.

Petikan video itu merupakan potongan rakaman titah Sultan Nazrin sempena Wacana Perpaduan Ummah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2013.

Sultan Nazrin ketika itu ialah Pemangku Raja Perak dan bertitah mengenai isu perpaduan ummah melibatkan UMNO serta Pas sebagai dua kuasa politik Melayu dominan di negara ini.

Dewan Negara Perak dalam kenyataan berhubung isu itu berkata, cara klip video itu diolah telah mengaitkan dan mengheret secara langsung atau tidak langsung kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya