10,000 hadir Program Santai Kaamatan Negeri Selangor - Utusan Malaysia

10,000 hadir Program Santai Kaamatan Negeri Selangor

Kaamatan
PETER Anthony (tiga, kanan) bersama Amirudin Shari semasa hadir dalam Program Santai Kaamatan Negeri Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 10,000 pengunjung hadir dalam Program Santai Kaamatan Negeri Selangor yang diadakan baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, program tersebut diadakan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak kelahiran negeri itu terutama mereka yang berhijrah.

Selain itu katanya, penganjuran program seumpama itu juga dapat mengetengahkan elemen kebudayaan dan dijadikan simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum yang kukuh.

“Program Santai Kaamatan dapat memupuk semangat kekitaan dan perpaduan pasti dapat diwujudkan apabila berada di perantauan. 

“Sedikit sebanyak mengubat kerinduan dan keinginan meraikan Kaamatan bersama keluarga. Malah saya difahamkan ramai orang Sabah yang tinggal atau bekerja di Selangor dan ada yang sudah berada di negeri ini lebih 15 tahun di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Turut hadir dalam majlis tersebut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Pesta Kaamatan merupakan pesta menuai padi dan merupakan budaya dan adat resam suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya