PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci memuat naik gambar terkini di Arafah menjelang waktu berwukuf yang dijangka pada pukul 5.23 petang, waktu Malaysia, hari ini.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Zul memanjatkan kesyukuran dan kesediaan bagi melaksanakan ibadah yang menghimpunkan 2.5 juta jemaah dari seluruh pelosok dunia.
“Alhamdulillah, siap sedia untuk berwukuf,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun ini memaklumkan berpeluang mengerjakan haji buat pertama kali selepas tiga kali menunaikan umrah.
Zul memaklumkan tidak pergi melalui Tabung Haji, sebaliknya menerima jemputan ke sana.
Selain Zul, antara selebriti lain yang menunaikan haji tahun ini ialah Alif Satar, Datuk Aaron Aziz, Faizal Tahir, Lisdawati dan Anne Ngasri.