Zambry sah tidak hadir ke Thailand, beri alasan ada komitmen lain

Zambry sah tidak hadir ke Thailand, beri alasan ada komitmen lain

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan bahawa beliau tidak menghadiri diskusi tidak formal serantau mengenai isu Myanmar di Thailand.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memang ada menerima undangan daripada Kementerian Luar Thailand untuk menyertai sesi tersebut, namun Menteri Luar mempunyai komitmen lain.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Malaysia seolah-olah memberi isyarat ‘memboikot’ mesyuarat tajaan Thailand itu sebagai tanda tidak mengiktiraf junta Myanmar.

Kelmarin, beberapa media asing melaporkan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai menjemput semua rakan sejawat serantaunya berbincang dengan junta Myanmar esok.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Malaysia mengulangi pendiriannya mengenai isu Myanmar diselesaikan menerusi Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sejak 2021.

“Ketetapan ini bahkan selaras keputusan dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Indonesia baru-baru ini dan mandat itu juga kekal menjadi rujukan serantau,” jelasnya.

Menyentuh inisiatif Thailand yang cuba menganjurkan diskusi informal di Bangkok, Malaysia ujar Wisma Putra berpendirian menyokong segala usaha dilakukan Pengerusi ASEAN bagi menamatkan kemelut di Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya