Zaliha kagum dengan program tranformasi Kampung Nelayan Seberang Ramai - Utusan Malaysia

Zaliha kagum dengan program tranformasi Kampung Nelayan Seberang Ramai

ZALIHA Mustafa (kiri) mengiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) melawat Kampung Seberang Ramai bersempena Karnival Kesihatan ‘Sihat Milik Semua’ Peringkat Negeri Perlis, semalam-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kagum dengan Program Transformasi Diraja yang dijayakan di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Inisiatif tersebut yang merupakan cetusan idea Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail itu bermula pada 2020.

Ia melibatkan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama pelbagai agensi, organisasi serta individu.

Program itu telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat setempat dari sebuah kampung nelayan biasa kepada salah satu kampung contoh dan menjadi lokasi tumpuan baharu yang popular bagi para pelancong ke negeri ini.

Terdahulu Zaliha mengiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil melawat kampung tersebut bersempena Karnival Kesihatan ‘Sihat Milik Semua’ Peringkat negeri Perlis, semalam.

Tuanku Lailatul Shahreen dan Zaliha meluangkan masa mengelilingi kampung berkenaan dengan menaiki motosikal beroda tiga yang unik iaitu ‘choley’.

Antara lokasi yang disinggahi adalah Laman Bunga Kertas, Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Diraja dan Laman Bunga Raya.

Menurut Zaliha, persekitaran kampung tersebut cukup bersih, menarik dan penuh warna warni.

“Penduduk kampung juga kreatif dalam menyerlahkan bakat, menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bahan buangan sebagai hasil seni kitar semula menjadikannya lebih unik,” katanya.

Beliau juga berhasrat untuk datang kembali dalam masa terdekat bagi melaksanakan kaji selidik mengenai tahap kesihatan komuniti setempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya