Yonnyboii, Guccimith bergabung menerusi Flash & Dash

Yonnyboii, Guccimith bergabung menerusi Flash & Dash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mengenal erti penat, penyanyi rap semakin meningkat naik, Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Flash & Dash.

Istimewa kali ini juga, Yonnyboii berkolaborasi bersama bintang rap dari bumi Kenyalang, Sarawak, Guccimith untuk menghidupkan lagi karya tersebut.

“Saya rasa lagu ini lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi,  ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat.

”Ia boleh dianggap eksperimental untuk diri saya yang belum pernah mencuba gaya sebegini,” ujar Yonnyboii.

Flash & Dash merupakan lagu ciptaan Yonnyboii serta SonaOne, Wolfy dan  Guccimith sendiri yang mempunyai kelainan daripada segi penyampaian.

Yonnyboii berkata, judul lagu tersebut hasil inspirasi daripada siri animasi Anime Jepun yang pernah popular pada 90-an.

“Pesan yang kerap dipaparkan dalam siri kartun tersebut adalah bagaimana watak-watak utamanya sentiasa ingin berusaha menjadi juara dan pemenang.

“Sesiapa yang pernah menonton siri Anime Flash & Dash pasti tahu apa yang saya maksudkan dan mengerti perasaannya.

”Kita semua ingin jadi yang terbaik namun kesuntukan masa jadi halangan. Kita tidak mungkin dapat mengejar waktu. Jadi berusahalah secepatnya jika mahu berjaya,” katanya.

Selepas mengambil keputusan untuk menyiapkan projek ini, Yonnyboii berkata, dia sendiri berhasrat mahu menampilkan rakan seindustri, Guccimith.

Walaupun berada di Kuching, kebetulan semasa sesi rakaman lagu ini dia berada di Kuala Lumpur.

”Jadi dia terus datang ke rumah saya untuk proses rakaman dan tidak sampai tiga jam, lagu ini siap dirakam,” kongsinya.

Yonnyboii turut melahirkan keterujaan menerusi penggambaran video muzik yang disertakan dengan gerakan kereta drift.

“Ini kali pertama saya buat penggambaran video dengan gerakan kereta drift yang begitu laju. Sangat menyeronokkan. Malah, semua yang terlibat memberi kerjasama yang baik termasuk Guccimith sendiri,” katanya.

Single dan video muzik boleh dilayari di platform penstriman digital termasuk YouTube Music sejak  dilancarkan 26 Mei  lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya