Warga emas, tujuh penghuni nyaris maut tiga rumah terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas, tujuh penghuni nyaris maut tiga rumah terbakar

Rumah terbakar
PASUKAN penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah dalam satu kejadian dekat Taman Sri Puteri di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sepasang warga emas nyaris maut selepas rumah salah sebuah kediaman mereka hangus dalam satu kebakaran membabitkan tiga buah rumah teres dekat Taman Sri Puteri, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, tujuh lagi penghuni di ketiga-tiga rumah berkenaan turut berjaya menyelamatkan diri, sementara pasangan warga emas berusia antara 50 hingga 60 tahun itu keluar dari kediaman melalui pintu belakang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 8.05 pagi daripada orang awam.

“Seramai 25 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kota Raja dan Pelabuhan Klang digerakkan bagi melakukan operasi memadamkan kebakaran dan tiba di lokasi kejadian pukul 8.10 pagi.

“Difahamkan, pasangan warga emas itu hanya tinggal berdua sahaja di rumah yang didiami mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, dalam kejadian tersebut sebuah kenderaan turut dijilat api dan keseluruhan bangunan dan harta yang terbakar hangus sekitar 20 hingga 80 peratus.

“Bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira pukul 8.50 pagi dan operasi tamat pukul 10.05 pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya