Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah lelaki warga emas yang ditemukan meninggal dunia di Lahat, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang terkunci dari dalam di Taman Pinji Mewah dekat Lahat di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 77, ditemukan dalam keadaan terbaring oleh anggota bomba yang berjaya membuka pintu rumah berkenaan.

Difahamkan, warga emas itu tinggal di kediaman berkenaan bersama isterinya namun wanita terbabit tiada di rumah ketika kejadian kerana menziarahi anak mereka di Johor sejak Jumaat lalu.

Kejadian menimpa lelaki berkenaan dilaporkan jiran pasangan itu selepas mangsa gagal dihubungi dan tidak keluar rumah seharian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 1.20 petang.

Katanya, anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah sebelum menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya