Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kebun

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kebun

MAYAT Ahmad Daie dilitupi kain setelah ditemukan meninggal dunia dalam kebun di Kampung Tupai, Mukim Teloi, Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang warga emas lelaki ditemukan tidak sedarkan diri semasa berada di kebun miliknya di Kampung Tupai, Mukim Teloi, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, yang tinggal di kampung berkenaan dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui oleh penduduk kampung.

“Anak mangsa yang tinggal di Kampung Kerawai, di sini menerima panggilan daripada penduduk kampung menyatakan ayahnya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun bersebelahan rumah mangsa.

“Hasil pemeriksaan petugas perubatan dari Hospital Daerah Sik mendapati mangsa sudah meninggal dunia di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah menjalani pembedahan berkaitan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau khianat pada mangsa dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya