Wanita terkilan beli karipap inti lalat  - Utusan Malaysia

Wanita terkilan beli karipap inti lalat 

KEADAAN lalat yang ditemukan dalam karipap yang didakwa dibeli di sebuah gerai makan di bandar Dungun, Terengganu, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN:  Seorang wanita terkilan apabila menemukan seekor lalat dalam  karipap yang didakwa dibelinya di sebuah gerai makan di bandar ini, pagi ini. 

Wanita yang dikenali sebagai Nurul Gadget memuat naik gambar karipap yang berinti ikan dan lalat dalam kumpulan Facebook. 

“Lama tak makan karipap. Tak tahu pulok ada karipap inti lalat lening (sekarang),” tulisnya yang lega tidak tertelan lalat tersebut. 

Menurutnya, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut berikutan karipap itu bukan dibuat oleh pemilik kedai, sebaliknya dihantar oleh pembuat kuih lain. 

“Malas pergi complain (membuat teguran) di kedai sebab dia (pembuat kuih) pun cari rezeki letak kuih di kedai. Cuma saya nak pesan la tolong jaga kebersihan bab makanan,” katanya. 

Sementara itu, pengguna Facebook, Norizam Nur turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah peniaga yang tidak menitikberatkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan. 

“Saya pernah kena minggu lepas. Minggu yang sama kena, dua kali. Kedai makan pertama, kena telur lipas. Kedai makan kedua, ada lalat pula dalam makanan saya. 

“Saya terus buat teguran  pada pekerja kedai tersebut. Mohon sangat peniaga-peniaga jaga kebersihan makanan,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nadiera Niena Amchaaradamsha, turut berkongsi pengalaman sama. 

“Amber (Saya) kena kedai dekat Paka, sambal nasi lemak ada lalat hijau dengan peng (telur) skali pakej. Sampai hari ni ambe (saya) boikot kedai tu,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya