Wanita mengandung, pembantu kantin ditahan curi gelang emas - Utusan Malaysia

Wanita mengandung, pembantu kantin ditahan curi gelang emas

DUA utas gelang tangan emas yang dipercayai dicuri oleh dua wanita dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai sekitar Arau, Perlis., semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tindakan seorang wanita sarat mengandung bersama seorang pembantu kantin yang mencuri dua utas gelang emas di sebuah kedai sekitar kawasan ini menemui padah apabila mereka ditahan polis di Simpang Empat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, jurujual kedai emas berkenaan menyatakan bahawa pihaknya telah didatangi oleh seorang wanita mengandung yang ingin membeli barangan emas di premis berkenaan.

Katanya, suspek kemudiannya meminta kepada jurujual terlibat untuk melihat dua utas gelang tangan emas yang dipamerkan di dalam kedai itu.

“Lebih kurang 10 minit suspek membelek gelang tangan itu, dia kemudiannya bertindak mengambil barangan berkenaan dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita lain” katanya.

Susulan kejadian itu, Ahmad Mohsin berkata, siasatan turut dilakukan di lokasi kejadian dengan bantuan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Menerusi siasatan berkenaan, beliau berkata, polis juga menemui kesan cap jari dan tangkapan turut dilakukan ke atas dua wanita itu di kediaman salah seorang suspek sekitar Simpang Empat, di sini, pada pukul 10.30 malam.

“Wanita yang mengandung itu berusia 29 tahun dan memiliki rekod kesalahan lampau manakala rakannya pula merupakan seorang pembantu kantin berusia 36 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Mohsin berkata, hasil temubual awal, suspek terlibat turut mengaku mencuri gelang tangan itu sebelum melarikan diri dengan membonceng motosikal berkenaan.

Katanya, anggaran kerugian yang dialami mangsa dalam kejadian itu adalah berjumlah sekitar RM45,000.

“Polis turut merampas beberapa barangan antaranya seperti dua utas gelang, sebuah motosikal, dua buah topi keledar dan beberapa lagi bagi membantu siasatan.

“Suspek turut direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut 380 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya