Wanita maut dipukul teman lelaki: Punca kematian akibat kecederaan di kepala - Utusan Malaysia

Wanita maut dipukul teman lelaki: Punca kematian akibat kecederaan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan punca kematian wanita yang maut dipukul teman lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon semalam, kerana kecederaan akibat trauma tumpul.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, punca kematian itu diperoleh hasil proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 24 tahun itu yang selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala dan intra abdomen akibat trauma tumpul.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan bersama tiga yang lain termasuk ibu suspek bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada pukul 4.34 pagi itu, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal bersama mangsa dan bayi lelaki berusia lapan bulan, mengaku memukul wanita tersebut menggunakan batang penyapu.

Tangkapan terhadap suspek membawa kepada rampasan empat unit telefon bimbit dan batang penyapu yang dijadikan senjata untuk memukul mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya