Wanita hina anggota bawahan: Polis buka dua kertas siasatan

Wanita hina anggota bawahan: Polis buka dua kertas siasatan

Nidza Afham
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung video tular seorang pegawai kanan polis didakwa melemparkan tohmahan kepada anggota berpangkat rendah di Gombak. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor,  Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes tersebut. 

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalan penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan perkataan kurang sopan, aib atau menghina. 

“Siasatan dijalankan dibuat susulan dua laporan diterima dibuat seorang pengadu wanita serta anggota polis berkenaan kejadian tersebut. 

“Kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah hari pada 15 Jun lalu apabila pengadu wanita tersebut sedang makan di Taman Sri Gombak, Batu Caves sebelum didatangi wanita tidak dikenali.

“Suspek bertindak memarahi serta menggugut menahan pengadu atas membuat bising di rumah jiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurutnya, suspek telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam selain menggugut hendak memukul pengadu serta memarahi semua orang di tempat kejadian. 

Jelasnya, suspek turut mempersenda anggota polis dan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta. 

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat dua video tular di media sosial berhubung kejadian tersebut.

“Suspek telah dikenal pasti dan dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Terdahulu, tular video wanita dipercayai pegawai polis mencemuh anggota polis namun tidak dapat dipastikan apakah punca pegawai polis wanita itu memarahi kedua-dua anggota polis terbabit dengan kata-kata berbaur penghinaan

Sepanjang rakaman video itu, wanita terbabit merendah-rendahkan pangkat anggota polis terbabit dan anggota polis itu tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

“Kau Lans Koperal, kau tak layaklah. Kau pangkat lagi kecik daripada akulah. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah), kau tak layaklah. Kau jadi pegawai dululah Lans Koperal!

“Kau berlagak macam apa, pangkat dahlah rendah,” katanya dengan nada yang tinggi di hadapan orang awam yang berada di lokasi selain turut membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya.

Sementara itu, sumber berkata, suspek wanita dipercayai berpangkat inspektor itu dipercayai sedang diambil tindakan oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya