Wanita ditahan dipercayai hina Agong - Utusan Malaysia

Wanita ditahan dipercayai hina Agong

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 32 tahun ditahan polis kerana dipercayai memuat naik kandungan di media sosial yang berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wanita itu ditahan Selasa lalu selepas dipercayai memuat naik kandungan di media sosial berhubung penganugerahan pingat kepada veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan mengaitkan figura tersebut sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pada 7 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada orang awam mengenai beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

”Susulan itu, pada 13 Jun pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang wanita berusia 32 tahun di pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) kerana dipercayai memuat naik kandungan di media sosial yang berbaur penghinaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bahan bukti berupa komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telah diambil daripada suspek bagi membantu siasatan.

“Suspek telah diberikan jaminan polis pada hari yang sama kerana mengadu sedang mengandung enam bulan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan kes disiasat oleh USJT Bukit Aman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya