Wanita DAP teruja hadir ke PAU buat pertama kali

Wanita DAP teruja hadir ke PAU buat kali pertama

TEO Nie Ching turut hadir bagi mendengar ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. -UTUSAN AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP yang menghadiri persidangan sayap Wanita dan Puteri UMNO menyatakan rasa teruja mereka apabila pertama kali menyertai perhimpunan berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Teo Nie Ching  berkata, beliau berharap kerjasama rapat dapat dibuat di antara wanita Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi mewujudkan kestabilan untuk pembangunan negara.

“Saya nak ucap terima kasih atas jemputan kepada PH dan DAP, sememangnya ini pertama kali saya hadir. Saya setuju situasi politik sekarang sangat dinamik dan kami perlu bekerjasama untuk kestabilan politik supaya melalui kestabilan ini, boleh wujudkan kestabilan ekonomi dan sosial untuk pembangunan negara.

“Jadi saya harap sayap wanita antara PH dan BN akan terus bekerjasama secara rapat pastikan bahawa memulakan kerjasama di semua peringkat,” katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar sayap Wanita di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Nie Ching yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) berkata, kerjasama tersebut kini sudah dijalankan, termasuklah menerusi Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Young Syefura othman yang turut hadir juga berkata, beliau berbesar hati atas jemputan tersebut dan berharap ia menjadi titik permulaan dalam kerjasama politik yang dijalinkan antara BN dan PH.

“Kehadiran saya mewakili DAPSY dan angkatan muda harapan buat julung kali ke persidangan pergerakan puteri UMNO Malaysia pagi ini sudah tentu membawa semangat perpaduan dan setiakawan.

“Saya berharap agar kerjasama yang terjalin ini akan membawa kebaikan kepada negara dan semestinya kepada anak muda terutamanya wanita muda,” katanya menerusi Whatsapp, semalam.

Young Syefura dalam masa yang sama turut berharap agar melalui persidangan sayap Puteri ini juga, ia dapat membuahkan idea yang baik dan bernas untuk diketengahkan sebagai polisi anak muda dan wanita oleh Kerajaan Perpaduan Madani.

Mereka sebelum itu dilihat anggun mengenakan pakaian berbaju kurung duduk di barisan hadapan bagi menantikan ucapan perasmian daripada ketua sayap Wanita dan Puteri UMNO, Datuk Ser Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.-utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya