Viral dakwaan menteri buat ‘kecoh’ di KLIA

Viral dakwaan menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China di tahan Imigresen dibebaskan

menteri
Visual yang mendakwa seorang menteri menceroboh ke balai ketibaan antarabangsa KLIA untuk membebaskan seorang wanita warga China yang ditahan Imigresen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China viral di media sosial.

Ia didakwa berlaku petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila menteri berkenaan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.

Difahamkan ia bertujuan  untuk ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.

Wanita warga China yang didakwa ditahan daripada memasuki Malaysia oleh Imigresen.

Memetik laporan BebasNews, apabila mendapat tahu mengenai tahanan itu menteri berkenaan telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Satu sumber berkata, apabila  dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan.

Difahamkan ini adalah kali ketiga menteri berkenaan melakukan tindakan seperti itu terhadap penumpang yang ditahan daripada memasuki negara ini.

Pihak Utusan Malaysia sedang berusaha menghubungi Jabatan Imigresen untuk mengesahkan kejadian ini.

Salain itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikatakan akan membuat laporan polis untuk menyiasat dakwaan ini supaya imej menteri berkanaan dapat dibersihkan andainya dakwaan itu tidak berasas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya