UPSI, universiti Uzbekistan perkukuh program pembelajaran bahasa Melayu

UPSI, universiti Uzbekistan perkukuh program pembelajaran bahasa Melayu

MD. Amin Md. Taff  ketika menandatangani MoU bersama Tashkent State University Of Oriental Studies (TSUOS)  secara dalam talian baru-baru ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menerusi Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan menjalin hubungan baik dengan dua buah universiti di  Uzbekistan. 

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, dua buah universiti yang terlibat ialah Uzbekistan State World Languages University (UzSWLU) dan Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS) dengan menawarkan kursus bahasa Melayu di kampus mereka sejak 2017. 

“Dalam usaha mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Uzbekistan, UPSI bekerjasama dengan pUzSWLU dan Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan untuk menubuhkan sebuah pusat bahasa yang dinamakan sebagai The Malaysian Language and Culture Centre pada 2019, “ katanya dalam satu kenyataan.

Md. Amin berkata, Pusat Bahasa Melayu yang terletak di UzSWLU kini beroperasi sebagai bilik kuliah di bawah kendalian guru Bahasa Melayu UsZWLU iaitu Munisa Mukhtarova. 

“UPSI menyumbangkan pelbagai jenis buku seperti buku rujukan dalam bidang bahasa, buku berkaitan Malaysia, novel, buku cerita, majalah dan risalah bagi melengkapkan pusat tersebut dengan bahan-bahan rujukan,” katanya. 

NARGIZA Ortikova menjuarai PABM 2021.

Menurutnya, sepanjang penglibatan UPSI dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, beberapa kejayaan telah dilakarkan antaranya pencapaian wakil Uzbekistan iaitu Ozod Qurbonov sebagai johan kategori antarabangsa pelajar bahasa Melayu di luar negara dalam Pertandingan Pidato Piala Menteri Perdana Menteri (PABM) pada  2019 manakala Nargiza Ortikova memenangi PABM tahun 2021. 

“Program lain yang dilaksanakan termasuk Program Mobiliti dan Program Sangkutan untuk pensyarah, program pencarian bakat mengacara menerusi Ujibakat Pengacara, syarahan antarabangsa, bengkel penulisan artikel, Program Mobiliti Bahasa Melayu (tanpa kredit) secara dalam talian dan teradun.

“Selain itu, UPSI menjayakan program pertandingan pidato peringkat Republik Uzbekistan, bengkel latihan pidato secara bersemuka dan secara dalam talian, pembentangan projek tahun akhir peringkat antarabangsa dan program mobiliti latihan mengajar antarabangsa,” katanya.

Mazura@Mastura Muhammad

Sementara itu Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mazura@Mastura Muhammad berkata, selain Uzbekistan, fakulti itu juga dalam usaha meneroka dan membuka pusat bahasa Melayu di Moscow, Rusia, Dhaka di Bangladesh dan di London.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi universiti kerana menyokong usaha fakulti dalam memartabatkan bahasa Melayu di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya