UNESCO kekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini

UNESCO kekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini

Tasik Chini
UNESCO mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui mesyuarat International Coordinating Council of Man and the
Biosphere Programme (ICC MAB35) pada 14 Jun 2023 di Paris telah memutuskan untuk mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang.

Ini ekoran kajian yang dibuat mendapati tasik yang sebelum ini dilaporkan oleh media terancam dengan pencemaran dan sebagainya masih menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ICC MAB35 membuat keputusan berdasarkan kepada syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menambah baik pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

Katanya, ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan.

“Delegasi negara ke ICC MAB35 diketuai oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku national focal point kepada program Man and the Biosphere (MAB) di bawah UNESCO) dan turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO.

“Keputusan ICC MAB35 ini adalah sangat bermakna kepada negara dan Negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas pengiktirafan ini dan diharapkan agar pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini terus ditambah baik.

“Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada tahun 2009. Malaysia juga mempunyai dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada tahun 2014 dan 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Nazmi, setakat ini, terdapat sebanyak 748 tapak rizab biosfera dalam jaringan rizab biosfera dunia yang merangkumi 134 buah negara.

Setiap tapak rizab biosfera perlu mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun pengiktirafan untuk penilaian semula oleh Sekretariat UNESCO.

“NRECC sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan-kerajaan Negeri untuk memulihara tapak rizab biosfera sedia ada dan mencalonkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tapak rizab biosfera yang baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya