Undi PN sebagai referendum bantahan terhadap kerajaan

Undi PN sebagai referendum bantahan terhadap kerajaan – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pengundi menjadikan pilihan raya di enam negeri akan datang sebagai isyarat bahawa rakyat marah dengan situasi semasa ekonomi negara.

Beliau berkata, pelbagai isu sedang menghimpit rakyat termasuk membabitkan kos sara hidup, harga barang keperluan, nilai ringgit yang merudum dan ekonomi negara kini seolah-olah tiada hala tuju.

Kata beliau, keadaan tersebut membuktikan bahawa kerajaan hari ini gagal membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi yang menjejaskan kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Segala janji yang ditabur sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan walaupun sudah enam bulan menjadi kerajaan.

“Rakyat sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan saya ingin mengajak rakyat Negeri Sembilan dan lima negeri lain yang terlibat dalam PRN tidak lama lagi mengundi PN sebagai satu referandum bantahan rakyat kepada Kerajaan Campuran PH (Pakatan Harapan)-UMNO kerana gagal mengurus negara,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Mengulas program Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan kelmarin, Muhyiddin berkata, puluhan ribu rakyat menyertai program tersebut di Senawang.

Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, sambutan hangat tersebut sama seperti yang berlaku di beberapa negeri lain dan beliau amat terharu kerana ia turut disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya percaya gelombang kebangkitan ini akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada PN dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Ini kerana seluruh rakyat melihat dan merasai apa yang sedang berlaku dalam negara ketika ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya