UMNO ibarat kian mengecil di tengah panas - Annuar - Utusan Malaysia

UMNO ibarat kian mengecil di tengah panas – Annuar

Tan Sri
ANNUAR Musa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: UMNO diibaratkan seperti ais rapuh dan semakin mengecil akibat terdedah cuaca panas kerana kian hilang kepercayaan serta sokongan rakyat.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu tidak lagi seperti dulu malah banyak perubahan dilakukan tidak disenangi rakyat.

“Sebab itulah UMNO ini macam ais duduk (jemur) di tengah panas yang akhirnya makin kecil dan terus mengecil.

“Rakyat mula meninggalkannya kerana mereka sedar dasar parti itu tidak selari berbanding zaman kegemilangannya, ” katanya ketika berucap pada Ceramah Selangor Baharu dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sabak Bernam, malam tadi.

Tambah Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu, jumlah undi popular parti tersebut dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini jauh lebih sedikit berbanding bilangan ahli parti itu di seluruh negara.

“Jika kita sorot PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13), undi UMNO 5.4 juta jauh lebih tinggi berbanding 3.2 juta ahli pada waktu itu. Namun, situasi itu tidak bertahan lama apabila undi popular parti itu semakin merosot sejuta pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” ujarnya.

Tambah Annuar, jumlah undi popular UMNO semakin merosot pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila dianggarkan dua daripada tujuh juta ahli mereka meninggalkan parti itu.

“Saya agak lewat sikit meninggalkan UMNO berbanding rakan lain yang sudah menyertai PN.

“Rakyat sedar yang mereka hendak ikut bukan soal parti kerana ia ciptaan manusia, tetapi mereka sokong (sesebuah parti politik) atas dasar yang dibawa parti berkenaan” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya