UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin - Utusan Malaysia

UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin

Gaji UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan kampus cawangannya di Perak mempunyai kaitan dengan program pemeriksaan alat kelamin lelaki seperti makluman sepucuk surat yang tular dalam media sosial.

Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan surat yang tular tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), namun perkara itu dinafikan oleh kementerian berkenaan dan dokumen tersebut disahkan palsu.

“KKM mengesahkan surat edaran berkaitan ‘Notis Pemeriksaan Alat Kelamin Siswa Lelaki’ di Perak bertarikh 31 Mei lalu adalah palsu. Universiti juga mengesahkan tiada program berkaitan pemeriksaan alat kelamin pelajar lelaki di UiTM Cawangan Perak,” katanya, hari ini.

Terdahulu tular dalam media sosial, sepucuk surat dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit, KKM berkenaan mewajibkan pemeriksaan alat kelamin mahasiswa lelaki yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Perak.

Surat tersebut menamakan UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai lokasi rujukan bagi program berkenaan.

Dalam pada itu, UiTM dalam kenyataan sama turut memberitahu terdapat program kesedaran dan pengetahuan kesihatan seksual dan pengesanan awal masalah kesihatan seksual dalam kalangan remaja dianjurkan dekat cawangan universiti berkenaan di negeri itu.

“‘Program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Sebelum Parah’ bagi mahasiswa UiTM cawangan negeri itu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah.

“Justeru, universiti mengesahkan berita (notis pemeriksaan alat kelamin) adalah palsu dan tidak terlibat dengan apa-apa program yang menjejaskan imej universiti seperti isu yang ditularkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya