Tuntutan Sulu ditolak penting untuk Malaysia

Tuntutan Sulu ditolak penting untuk Malaysia

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan berganda Malaysia setelah Mahkamah Rayuan The Hague semalam menolak kumpulan Sulu disifatkan cukup bermakna dan penting untuk negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman yang telah bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara.

“Kemenangan yang cukup bermakna dan penting untuk Malaysia. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Malaysia sekali lagi memperoleh kemenangan bagi kes Sulu apabila keputusan Mahkamah Rayuan The Hague memihak kepada negara dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut sekali gus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap kerajaan Malaysia di Belanda.

Menurut beliau, keputusan dari Mahkamah Rayuan The Hague adalah satu kemenangan penting kepada kerajaan rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN