PETALING JAYA: “Kulit satu badan terbakar dan kulit tapak kaki koyak. Puas!”
Demikian luahan pelakon popular, Zul Ariffin yang berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji ketika ini.
Menerusi Twitternya juga, pelakon Perempuan itu juga meluahkan rasa syukur dan mengucapkan salam Aidiladha kepada pengikut laman sosialnya.
“Alhamdulillah! Salam Aidiladha dari Mekah semua,” katanya dalam satu ciapan.
Difahamkan Zul baru selesai menjalani salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah semalam.
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya, pelakon itu juga berkongsi momen bercukur dengan membotakkan kepalanya.
Zul berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.
Selain pelakon itu, rakan selebriti lain antaranya Faizal Tahir, Alif Satar dan Datuk Aaron Aziz juga sedang menunaikan rukan Islam kelima itu.