Tujuh rumah dilanda banjir kilat

Tujuh rumah dilanda banjir kilat

ANGGOTA APM Daerah Kuala Muda membuat pemantauan banjir kilat di Kampung Air Mendidih, Mukim Sungai Petani di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Hujan lebat berterusan lebih tiga jam awal pagi ini mengakibatkan tujuh rumah penduduk di Daerah Kuala Muda, di sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat.

Limpahan air setinggi antara 0.3 meter hingga satu meter mula memasuki empat buah rumah di Kampung Air Mendidih dan sebuah rumah di Taman Semarak dalam Mukim Sungai Petani setelah hujan lebat bermula kira-kira pukul 4.30 pagi.

Turut dinaiki air adalah dua buah rumah di Kampung Pegawai, Tikam Batu dalam Mukim Pekula sehingga menyebabkan sebahagian besar barangan perabot rosak akibat terendam air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang digerakkan ke kawasan terlibat turut melakukan pemindahan mangsa banjir ke tempat selamat.

“Paras air lebih daripada biasa di awal pagi menyebabkan penduduk tidak sempat membuat persediaan. Bagaimanapun tindakan pantas APM yang dibantu agensi lain berjaya memindahkan semua penduduk di dua mukim terlibat,” katanya.

Menurut Azhar, tiada mangsa yang cedera dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini dan pihaknya dalam proses mengumpul maklumat tepat jumlah penduduk yang terjejas.

“Anggota kita masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selain memantau kawasan yang sering dilanda banjir kilat untuk menjaga keselamatan penduduk. Sehingga pukul 7.20 pagi, banjir dilihat semakin surut namun penduduk diminta berhati-hati berikutan cuaca tidak menentu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya