Tujuh pekerja institut memandu terperangkap banjir - Utusan Malaysia

Tujuh pekerja institut memandu terperangkap banjir

Terperangkap banjir
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir di institut memandu dekat Jalan Kuala Selangor, Ijok, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tujuh pekerja sebuah institut memandu berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap di kawasan itu yang dilanda banjir di Jalan Kuala Selangor, Ijok di sini, hari ini.

Kesemua mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun sedang bekerja di pejabat premis tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, sepasukan lima anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul jam 10.17 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kawasan institut memandu berkenaan dinaiki air sedalam kira-kira satu meter. Semua pekerja itu dipercayai terperangkap selama 30 minit sebelum ketibaan bomba ke lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, pihaknya menggunakan sebuah bot fiber bagi menyelamatkan mangsa.

“Operasi itu berjalan lancar dan semua mangsa berjaya dipindahkan ke lokasi selamat. Keadaan air di kawasan itu masih berada pada paras sama setakat ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya