TUDM, FASF berlatih bersama dalam Misi Pegase 23

TUDM, FASF jalani latihan bersama dalam Misi Pegase 23

ANGGOTA TUDM dan FASF menjalani latihan bersama bagi mengukuhkan kerjasama dan kebolehoperasian sempena Misi Pegase 23 di Pangkalan Udara Subang. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara dan Angkasa Lepas Perancis (FASF) menjalani latihan secara bersama bagi mengukuhkan kerjasama dan kebolehoperasian sempena Misi Pegase 23.

Misi yang dijalankan selama dua tiga hari bermula semalam ini melibatkan empat buah pesawat tempur Rafale milik FASF, dua pesawat pengisi bahan bakar Phénix A330 MRTT (Multi Role Tanker Transport) dan sebuah pesawat pengangkut A400M Atlas. 

Timbalan Ketua Staf 1, Markas Pemerintahan Operasi Udara Pangkalan Udara Subang, Brigadier Jeneral Ayub Khan Mohammad Khan berkata, ini merupakan latihan kolaborasi pertama yang pernah diadakan di antara TUDM dan FASF.

Menurut beliau, latihan bersama tersebut akan membantu dalam mengukuhkan kerjasama diantara TUDM dan FASF dan meningkatkan kebolehoperasian.

“Latihan bersama seperti ini dilihat bakal mengeratkan lagi kerjasama baik dan interoperability di antara TUDM dan FASF selari dengan keadaan persekitaran geopolitik semasa. 

“Kami memahami objektif FASF untuk bergerak kemana-mana sahaja dengan aset yang mereka ada. Saya dimaklumkan FASF akan berhenti di 10 negara dan melakukan 14 interaksi dengan rakan kerjasama di mana membantu meningkatkan industri aeronautik.

“Kami berterima kasih kepada FASF kerana menjayakan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Terdahulu, seramai 19 orang pegawai dan anggota FASF tiba di Pangkalan Udara Subang lewat malam semalam dengan pesawat A400M sebagai sebahagian Misi Pegase 23 ke Malaysia mulai 25 hingga 28 Jun.

Misi tersebut adalah sebahagian daripada diplomasi ketenteraan melalui Long Range Power Projection Perancis di rantau ini.

Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau berkata, 11 persinggahan melibatkan 10 negara menerusi 14 pasukan tentera udara akan dilakukan di dalam Misi Pegase 23.

“Misi Pegase 23 melibatkan sebanyak 10 pesawat tempur Rafale, lima pesawat pengisi bahan bakar Phénix A330 MRTT dan empat pesawat pengangkut A400M Atlas bersama lebih 320 kru FASF. 

“Bagi latihan di Malaysia pula, sebanyak empat buah pesawat tempur Rafale dua MRTT dan sebuah A400M akan menjalani latihan bersama TUDM sebelum kembali ke Perancis,” katanya.

Tambahnya, kedutaan Perancis amat berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia yang mengalu-alukan misi dan latihan bersama, kerjasama itu menyebabkan ia berjalan dengan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya