Tuanku Syed Faizuddin berkenan rasmi cawangan Decathlon

Tuanku Syed Faizuddin berkenan rasmi cawangan ke-14 Decathlon

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) berkenan merasmikan cawangan ke-14 Decathlon di Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Georgetown: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan gedung peralatan sukan jenama Decathlon yang merupakan cawangan ke-14 di Malaysia di Tingkat 2, Kompleks Membeli-Belah Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, Pulau Pinang, semalam.

Keberangkatan Baginda ke cawangan pertama di Utara Malaysia itu disambut oleh pihak pengurusan Decathlon iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia, Arnaud Sauret; Ketua Retail, Karim Cheboub; Pengurus Daerah Pulau Pinang, Shaffa Mustafa dan Ketua Pengembangan Syarikat, Atul Gupta.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Axel Cruau; Pengasas Kumpulan Hunza Properties Berhad, Datuk Seri Khor Teng Tong; Pengerusi Bersama Value Partners Group, Datuk Seri Cheah Cheng Hye dan AMMK Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee.

Sejurus berangkat tiba Tuanku Pemangku Raja dan Tuanku Raja Puan Muda dipersembahmaklumkan taklimat pengenalan dan sejarah syarikat disampaikan oleh Shaffa sebelum mengadakan sesi ‘Walkthrough’ ke booth-booth pameran di enam jabatan. Kemuncak majlis ialah sesi pemotongan riben oleh Baginda berdua diiringi sama dif-dif kehormat yang lain.

Untuk rekod, Decathlon merupakan salah sebuah jenama peralatan sukan yang terbesar di dunia dari Perancis dan terkenal dalam penyediaan pelbagai produk yang berbeza daripada syarikat-syarikat lain. Decathlon mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 2017 lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya