Tol percuma laluan Plaza Alam Damai mulai tengah malam ini 

Tol percuma laluan Plaza Alam Damai mulai tengah malam ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pengguna lebuh raya di Plaza Alam Damai, dekat sini akan menikmati tol percuma selama dua minggu bermula tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, insentif itu diberi sempena pembukaan baru Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Kelang (SUKE).

“Bermula pukul 12 tengah malam satu minit 16 Jun, pengguna sudah boleh menggunakan laluan berkenaan.

“Menerusi pembukaan Fasa 2 ini maka lengkaplah sudah jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Fasa 2 SUKE di sini, hari ini.

Sementara itu, Alexander memaklumkan,  Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (Open Payment System) dijangka akan bermula September ini dan melibatkan 12 lebuh raya. 

Katanya, lebuh raya itu ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)  Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE)dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) 

“Turut termasuk ialah Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) , Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART  Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta -Ulu Klang (DUKE),” jelasnya.

Menurut Alexander, Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang diperkenalkan itu adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF) .

Katanya, pelaksanaan itu dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang akhir 2024. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya