Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang rasmi surau

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang rasmi surau

AHMAD Zakiyudin Abdul Rahman (enam kiri) bergambar bersama jawatankuasanya selepas merasmikan Surau Kampung Setol Dalam, Permatang Buluh, Seberang Perai Utara (SPU) Pulau Pinang baru-baru ini. – ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIMBALAN Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman merasmikan Surau Kampung Setol Dalam, Permatang Buluh, Seberang Perai Utara (SPU) Pulau Pinang baru-baru ini.

Pembinaan surau baharu itu menelan belanja kira-kira RM450,000 bagi menggantikan surau lama yang berusia lebih 100 tahun.

Pengerusi surau , Mohammad Fadzli Khalid berkata, pembinaan surau itu memberi pelbagai kemudahan berjemaah dan pengajian agama kepada penduduk di 164 buah rumah sekitar kampung tersebut.

Turut hadir , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Muhamad Yusof Md Noor; Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ; Datuk Samsudin Bakar ; Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Norzli Mat, Pegawai Agama daerah Butterworth, Zulkhairy Ramli dan Polis Ketua Polis Balai Sungai Dua, Zamzuri Ahmad.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya