Timbalan Gabenor Madinah berkenan bertemu empat jemaah Malaysia

Timbalan Gabenor Madinah berkenan bertemu empat jemaah Malaysia

PUTERA Mahkota Saud Khalid Al Faisal berkenan mengadakan pertemuan dengan empat jemaah Malaysia. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Empat jemaah haji Malaysia dijemput menjadi Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain Malaysia 1444 Hijrah bersama Timbalan Gabenor Madinah, Arab Saudi, Putera Mahkota Saud Khalid Al Faisal. 

Mereka terdiri daripada wakil Yayasan NurJiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa; Saifullah Zulkifli dari Myzone Group; Mohd. Izzairi yamin (The Noor ) dan Mior Azlan (Rev Media Group).

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu di kediaman Rasmi Putera Mahkota di sini memuktamadkan beberapa cadangan kerjasama antaranya berkaitan dakwah, ‘Halaqa’ Masjid Nabawi, pelancongan patuh syariah dan pendigitalan mushaf al- Quran berserta terjemahan teks dan audio yang merangkumi beberapa bahasa utama.

Saud Khalid ketika menerima wakil Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain Malaysia bertitah agar semua pihak memanfaatkan teknologi digital demi kebaikan masa depan ummah.

Tambah Putera Mahkota itu, kemajuan teknologi digital haruslah diperhebat oleh semua pihak sebagai persediaan masa hadapan. 

“Ia sama ada sektor pendidikan atau perkhidmatan kerajaan agar setiap masyarakat sentiasa bersedia menempuh dunia yang semakin terbuka luas,” titah Saud Khalid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya