Tiga termasuk kanak-kanak cedera kereta meletup

Tiga termasuk kanak-kanak cedera kereta meletup

KEADAAN kereta dinaiki tiga individu yang meletup lalu terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun melecur apabila kereta dinaiki mereka meletup lalu terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong di sini, hari ini

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar memaklumkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.31 tengahari.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun melecur sebanyak 80 peratus, manakala seorang wanita berusia 36 tahun melecur kira-kira 30 peratus.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang turut berada dalam kenderaan itu didapati melecur kira-kira 95 peratus manakala kereta jenis Proton Wira tersebut terbakar 60 peratus.  

“Kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam dan pemilik kedai berhampiran menggunakan pemadam api. Pihak bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan bagi memastikan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya