Tiga jam tahan ke bilik air sebab baju 'toto' - Utusan Malaysia

Tiga jam tahan ke bilik air sebab baju ‘toto’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul memberitahu dia terpaksa menahan diri ke tandas selama tiga jam konsert minggu keempat Big Stage 5 berlangsung, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu disebabkan dia memakai busana rumit seperti dilihat membawa tilam dan bantal sehingga ada netizen menggelarkannya sebagai baju ‘toto’.

“Memang tak pergi (tandas). Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu.

“Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu, sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi. Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk sahaja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),” katanya.

Aina ditemui selepas memperkenalkan lagu baharu berjudul, Kembara Nabawi hasil kerjasama Ali Zahra Holding Sdn. Bhd. dengan syarikat rakaman Asia Empire Record, kelmarin.

Aina yang merupakan juri tetap program realiti itu mengulas penampilannya sehingga memancing perhatian khalayak yang memakai fesyen pelik menyerupai toto.

Disoal sama ada pemakaian tersebut menghalang pandangan penonton, Aina menjelaskan isu tersebut sebenarnya tidak sepatutnya diperbesarkan.

“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.

“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak, sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya